Dari kiri belakang : Adik Ruby, Adik Rohaya, Adik Intan, Adik Awwa, Adik Wannie
Duduk dari kiri: Adik Ezzah, Adik Rasila, Adik Alin, Adik Awie, Adik As
Duduk dari kiri: Adik Ezzah, Adik Rasila, Adik Alin, Adik Awie, Adik As
Agak2 ingat tak lagi pada wajah yang dibulatkan??? Wajah comel ini adalah Adik Alin (PPN), junior kita semasa di SMTT. Untuk makluman semua, Adik Alin sekarang berada di Hospital Putrajaya, Tingkat 3, Wad 3B Katil No. 22 kerana mengidap kanser payudara semenjak tahun 2000. Seperti yang dimaklumkan, Adik Alin baru sahaja menjalani pembedahan.
Kepada sesiapa yang ada kelapangan masa bolehlah melawat Adik Alin agar kehadiran kita serba-sedikit dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Dan bagi yang ingin menyumbangkan wang ringgit untuk meringankan perbelanjaan Adik Alin semasa di hospital bolehlah menghubungi rakan kita Ayu (016-3568397) ataupun Adik Awwa (013-3426553), sumbangan juga boleh disalurkan semasa lawatan kita nanti ke SMTT pada 9hb Feb 2009.
Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Adik Alin segera sembuh dan kembali seperti sedia-kala....
Salam,
liza burung hantu :-)

0 comments:
Post a Comment