Tuesday, February 17, 2009

Saat-saat manis di SMTT

Assalamua'alaikum sahabat-sahabatku semua...

Buat masa ini, hanya foto-foto ini yang dapat saya upload dlm blog ini. Masih terdapat foto-foto yang perlu di edit sebelum ia menjadi tatapan ramai.

Kepada yang tidak dapat turut serta dalam lawatan kami ke SMTT pada 9 Feb yang lalu, semoga foto-foto ini dapat menghilangkan perasaan rindu pada sekolah yang pernah meninggalkan kenangan manis buat kita semua. Sesungguhnya terlalu banyak perubahan yang berlaku. Namun bagi saya SMVT tetap dihati sampai bila-bila....















































































Thursday, February 12, 2009

DVD/CD Lawatan Ke SMTT, Temerloh - 9 Februari 2009






Jika ada sesiapa yang ingin memiliki DVD/CD yang mengandungi slide show/gambar semasa lawatan ke SMTT, Temerloh tempoh hari, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi En Hasrul Nizar (012-2265438). Harga sekeping DVD/CD tersebut ialah RM10.00.

Salam,
liza burung hantu :-)

Wednesday, February 11, 2009

Cara post maklumat/entri terbaru

Buat sementara waktu ini, blog ini sedang di upgrade kan menjadi 3 bahagian. Jadi, untuk post maklumat/entri terbaru mungkin sedikit berbeza berbanding design layout yang mempunyai 2 bahagian sebelum ini kerana tiada paparan untuk post disebelah kanan di atas.

Cara untuk post maklumat/entri terbaru setelah anda sign in:

1.Sign in

2. Open 1 lagi window untuk search yahoo dan type http://www.blogger.com


3. Setelah anda lihat paparan, Klik New Post

P/s--Cara untuk mengedit entri yang telah dipost juga cara yang sama juga seperti langkah yang diterangkan.Simple sahaja.

Tuesday, February 10, 2009

TANGGAL 9 FEBRUARY













H
i kawan-kawan!!!

Pasti ternanti-nanti gambar2 ketika kita mengadakan lawatan ke SMTT kn???

Untuk permulaan, saya paparkan dahulu gambar2 ketika ketibaan dan sebelum kita menikmati jamuan pagi yang telah disediakan oleh pihak sekolah di cafeteria..

Ermm...semua sibuk mendukung dan memimpin anak-anak. Cuba tengok Yem tu..dah besar anak dia...hehehe.. (jangan marah ye Yem)

p/s : Nantikan kemunculan gambar-gambar Cikgu kesayangan kita esok...


Ikhsan AreU Mada

Wednesday, February 4, 2009

Happy Anniversary

Ya Allah berilah kekuatan kepada anaknda Alin... kasihanilah dia... sembuhkanlah penhyakitnya...  anaknda kalian sama-samalah kita panjatkan doa setiap kali lepas sembahyang yerk??? terima kasih atas sokongan.... ayahnda kalian aziz yatim, ketua warden 1992/1993

Kami bekas pelajar SMTT, Temerloh ingin mengucapkan "Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan" buat ayahanda kami yang tersayang, Cikgu Aziz & Isteri tercinta. Semoga dipanjangkan usia perkahwinan hingga ke akhir hayat & semoga sihat sejahtera.
Dan jangan nakal-nakal tau.... :-)
p/s : dpt hadiah apa semlm???

Tuesday, February 3, 2009

Adik Alin - 92/93

Dari kiri belakang : Adik Ruby, Adik Rohaya, Adik Intan, Adik Awwa, Adik Wannie
Duduk dari kiri: Adik Ezzah, Adik Rasila, Adik Alin, Adik Awie, Adik As
Agak2 ingat tak lagi pada wajah yang dibulatkan??? Wajah comel ini adalah Adik Alin (PPN), junior kita semasa di SMTT. Untuk makluman semua, Adik Alin sekarang berada di Hospital Putrajaya, Tingkat 3, Wad 3B Katil No. 22 kerana mengidap kanser payudara semenjak tahun 2000. Seperti yang dimaklumkan, Adik Alin baru sahaja menjalani pembedahan.
Kepada sesiapa yang ada kelapangan masa bolehlah melawat Adik Alin agar kehadiran kita serba-sedikit dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Dan bagi yang ingin menyumbangkan wang ringgit untuk meringankan perbelanjaan Adik Alin semasa di hospital bolehlah menghubungi rakan kita Ayu (016-3568397) ataupun Adik Awwa (013-3426553), sumbangan juga boleh disalurkan semasa lawatan kita nanti ke SMTT pada 9hb Feb 2009.
Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Adik Alin segera sembuh dan kembali seperti sedia-kala....


Salam,
liza burung hantu :-)

Sunday, February 1, 2009

Agenda Lawatan Ke SMTT - 9 Februari 2009

8.30 am - 9.00 am
- Berkumpul di Stesyen Minyak BHP (selepas toll Gombak)
- Sila ambil sarapan terlebih dahulu
- Sila tepati masa @ PLEASE BE PUNCTUAL

10.30 am - 11.00 am

- Sila ambil susur keluar Temerloh/Jerantut.
- Berkumpul semula selepas toll Temerloh.
- Dijangka tiba di SMTT.

11.00 am - 12.15 pm

- Kata-kata aluan daripada Pengetua SMTT
- Perkongsian Pengalaman daripada Bekas Guru & Bekas Pelajar 91/92
12.15 pm - 12.30 pm

- Penyampaian Cenderahati kepada pihak sekolah
12.30 pm - 1.00 pm

- Sesi Bergambar
1.00 pm - 2.00 pm

- Makan tengahari di Dewan Makan yg menyimpan 1001 kenangan & Solat Zuhur
2.00 pm - 4.00 pm

- Melawat kawasan sekolah & kawasan asrama
4.00 pm

- Bersurai & Aktiviti Bebas

Pakaian : Smart Casual @ Bersesuaian dengan majlis.


Konvoi dari KL-Temerloh-KL akan diketuai oleh Encik Maizazarim @ Yem
Jika ada apa2 perubahan pada agenda akan diberitahu kelak.

Salam
liza burung hantu :-)


Ayahanda Ab.Aziz

Sembang-sembang


ShoutMix chat widget